Monday , December 5 2016
Home / Dunia Artis / Natasha Hudson ganti nama anak

Natasha Hudson ganti nama anak

Natasha Hudson telah melahirkan anak pada 22 April 2013 hasil perkahwinan dengan Carleed Khaza dan telah menamakan bayi itu sebagai Naeema Taqiyyah. Nama tersebut membawa maksud keberkatan, ketenangan, soleh dan bertakwa.

Namun apabila dirujuk kepada para ulama dan mufti, Taqiyyah juga membawa maksud yang berbeza mengikut fahaman syiah. Dia kini telah menggantikan nama anaknya sebagai Naeema Kalila.

“Saya tidak tahu yang Taqiyyah turut membawa makna pengikut ajaran Syiah sehinggalah saya menyertai majlis usrah.”

“Setelah bertanya mengenai perkara itu, saya dan suami bersetuju menukar namanya dengan makna lebih baik.”

“Dalam Bahasa Arab, Taqiyyah merujuk kepada perkataan bertakwa. Namun, kami tidak mahu ia mengundang salah faham dan kekeliruan pada masa akan datang. Jadi, ialah ditukar kepada Naeema Kalila.”, katanya.

Tags

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

3-gegar-vaganza-3-akhir-mediamalaya

Azharina Juara Gegar Vaganza 3

Program yang berlangsung selama 8 minggu ini telah berakhir selepas Azharina telah dinobatkan sebagai juara ...

counter statistics