Posted on 26 September 2008. Tags: farid kamil, remaja
Sudahkah kalian membaca Majalah Remaja isu 530? Jika kalian sudah ataupun masih belum membaca, cuba teka foto berikut adakah foto Farid Kamil telah dimekapkan atau beliau telah di Photoshopkan.
Untuk makluman semua, Photoshop adalah sejenis perisian daripada Adobe untuk pelbagai kegunaan seperti mengubahsuai muka daripada berjerawat kepada muka yang licin gebu seperti gambarajah di bawah.
MediaMalaya rasakan bahawa foto Farid Kamil tersebut telah dimekapkan kemudian diubahsuai menggunakan perisian Photoshop untuk menutup kesan jerawat yang banyak di muka Farid Kamil.

Posted in Lain-Lain
Posted on 20 September 2008. Tags: artis pondan
Kalau dah nama pun jantan, janganlah suka mengubah diri tu menjadi jantina lain. MediaMalaya baru sahaja membaca akhbar PancaIndera Utusan Malaysia hari ini, jadi pada sesiapa yang belum atau tidak membaca akhbar ini MediaMalaya akan memberi sedikit hint untuk meneka siapakah artis jantan yang berpakaian seperti wanita ini.
Beliau.. eh tidak sesuai menggunakan kata nama beliau pada orang yang sudah songsang ini.
- Dia selalu buat show di hotel-hotel terkemuka.
- Pernah berlakon di televisyen sekitar tahun 80-an hingga 90-an.
- Berkaca mata.
- Berambut kerinting.
- Merupakan seorang pelawak.
- Antar yang popular dalam sitcom Jangan Ketawa.
Ha sekarang teka dan fikir-fikirlah siapakah gerangan artis ini. MediaMalaya berasa kecewa kerana dia memilih jalan seperti ini, dia menyatakan akhbar bahawa “Bagi *** siapa pun ***, yang penting kedua-dua ibu bapa *** restu dan kenal anaknya ini”. Ibu bapa mana yang sanggup tidak restu jika dianugerahkan anak yang seperti itu?
Posted in Gossip Panas
Posted on 20 September 2008. Tags: datuk k, siti nurhaliza
Datuk K yang semakian kerap menerima gossip (kononnya) mengenai Ala Emak, Datuk K kahwin lagi semalam membuat sidang akhbar tentang status sebenar.
Sebelum ini kita digemparkan dengan gossip (kononnya) Datuk K atau nama tidak glamernya Datuk Khalid Mohd Jiwa telah berkahwin dengan seorang pramugari dari Ipoh, Perak di kota London.
Apa yang menarik MediaMalaya untuk menulis artikel ini ialah isteri beliau, Datuk Siti Nurhaliza ada menyatakan bahawa “Perdana Menteri pun menghadapi perkara seperti ini, tapi Siti sentiasa berdoa terus dikuatkan hati Siti, selagi itu Siti kuat untuk menghadapinya.”
Ini antara dialog jawapan beliau (Datuk K) ketika ditemubual.
Datuk sedar tentang kewujudan gossip tersebut?
Ya, gossip berleluasa. Kawan-kawan saya tidak kira dari utara hingga selatan sibuk bertanya kepada saya tentang kesahihan berita itu. Kawan-kawan di Kuala Lumpur pula, jika berjumpa saya, pun sibuk bertanyakan hal berkenaan. Tak baik buat cerita di bulan Ramadan ini. (Tersenyum)
Bagaimana pula Datuk Siti menghadapi gossip panas ini?
Dia tidak percaya tapi ada juga bertanya (ketawa). Sebenarnya sejak saya berkahwin dengan Siti, 99 peratus masa saya bersama dengannya. Saya tidak pernah pun bercuti bersendirian apa lagi hendak ke London berseorangan. Kalau ada pun saya tinggalkan Siti, itu pun sekejap kerana menguruskan hal-hal berkaitan kerja.
MediaMalaya: Itulah, dulu hendak sangat berkahwin dengan suami orang. Kini suami orang itulah yang rajin buat perangai (kalau betul bukan gossip). Maklumlah orang-orang bujang Malaysia mana boleh tandingi kekayaan Datuk Siti Nurhaliza maka suami orang jadi pilihannya.
Posted in Ngetop
Posted on 20 September 2008. Tags: aleeya, amani
Apa yang menarik tentang Amani yang anda perlu tahu ialah Amani menjadikan Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee sebagai salah seorang idolanya. MediaMalaya yakin Amani mampu pergi jauh lagi dalam bidang lakonan ini.
Amani juga memberitahu bahawa dia tidak boleh berada di dalam keadaan yang sepi jadi dia sentiasa membiarkan televisyen atau radio di biliknya dalam keadaan “on”. Apa lagi jejaka-jejaka diluar sana, pikatlah gadis comel ini, temanilah hidupnya. Haha!
Amani merupakan seorang yang kedekut tahi hidung masin. Itu dalam bahasa kasarnya atau bahasa lembutnya seorang yang berjimat cermat.
Dia kini bergiat aktif di belakang tabir dunia perfileman. Kini membantu Yasmin Ahmad sebagai 3rd assistant director untuk filem terbaru Talentime.
Suka buli abang iparnya Ashraff, Ashraff merupakan suami kepada akaknya, Sharifah Aleeya yang suatu ketika dulu heboh mengenai gambar mereka berpelukan tersebar di internet.
Posted in Dunia Artis
Posted on 19 September 2008. Tags: grand brilliance, myra padme, nabil raja lawak
Berita tersebar dengan meluas di dunia internet yang mengatakan bahawa gadis comel ini merupakan kekasih kepada Nabil iaitu pemenang rancangan Raja Lawak Astro.
Gadis comel bernama Myra ini adalah anak kepada taukey syarikat perfileman Grand Brilliance. Pada pendapat anda adakah benar gadis comel ini kekasih Nabil ataupun sekadar bergambar sebagai peminat? Kita nantikan kisahnya di Melodi kelak.

Posted in Gossip Panas
Posted on 16 September 2008. Tags: siti nurhaliza
Kesian Datuk Siti, gossip pun gossip juga. Tapi dia sudah lupa dahulu pun sebelum Datuk Seri Khalid Jiwa (atau lebih popular dipanggil Datuk K) mengahwini dia, Datuk K telah menceraikan isterinya. Jadi besar kemungkinan si Datuk K akan buat lagi memandangkan dia merupakan usahawan yang berjaya dalam Malaysia ni.
Datuk Siti menyatakan “Saya percaya pada suami saya, sebesar kuman pun tidak mempercayai gosip tersebut ketika membacanya”. Pada pendapat MediaMalaya, ini hanyalah kenyataan darinya yang cuba menyedapkan hati sahaja.
Posted in Ngetop