
Posted on 22 April 2009.
Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur membenarkan permohonan pelakon, Ako Mustapha untuk menangguhkan hukuman penjara tiga bulan yang dijatuhkan ke atasnya dengan syarat beliau perlu membayar bon jaminan sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin kakitangan awam.
Ako bagaimanapun masih perlu membayar denda sebanyak RM3,000 yang dikenakan pagi tadi. Bon jaminan itu perlu dijelaskan pada hari ini juga sebelum pejabat mahkamah ditutup.
Ako atau nama sebenarnya, Muhaizad Ahmad Mustapha kelihatan terpinga-pinga dan terdiam semasa Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad menjatuhkan hukuman tersebut selepas mempertimbangkan rayuan tertuduh dan hujah pendakwaan.
Wan Mahyuddin bagaimanapun membenarkan permohonan Ako untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara tersebut sehingga selesai rayuan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.
Posted in Gossip Panas5 Comments
Posted on 22 April 2009.
Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini memutuskan pernikahan pelakon, Rita Rudaini dan suaminya, pemain bola sepak kebangsaan, Mohamad Aidil Zafuan di Songkla, Thailand tahun lalu adalah sah.
Hakim Syarie, Mohd. Yunus Mohamad Zin memutuskan demikian selepas berpuas hati dengan dokumen-dokumen yang diserahkan.
Dengan ini maka sudah diputuskan oleh mahkamah dan harus diingatkan kepada peminatnya mahupun orang lain supaya berhenti bersangka buruk terhadap pasangan ini dan berikan mereka peluang untuk hidup bersama dalam keadaan tanpa gangguan.
Posted in Dunia Artis14 Comments
Posted on 20 April 2009.
Selepas kita jemu melihat gambar-gambar mesra seperti Abby Abadi dan Zul (Gigolo) Ariffin, Norman Hakim dan Memey (Bohsia) Suhaiza. Mari kita lihat pula gambar-gambar Nabil bersama Irma Hasmie. Agak-agaknya Farid Kamil tengok gambar ini pastu dia gelak sinis (— You know what i mean) sambil berkata “Ala bekas aku, hehe”.

Posted in Dunia Artis23 Comments
Posted on 20 April 2009.

Stacy dan abangnya bersama kumpulan Evoke sewaktu menyertai My Starz LG Gangstarz musim pertama. (— thanx to budakmanentah)
Posted in Dunia Artis3 Comments
