Hasil daripada survey yang dijalankan savemoney.com mencatatkan Datuk Siti Nurhaliza merupakan wanita ketiga paling kaya di Malaysia dengan anggaran aset sekitar RM50 juta.

Karier Siti Nurhaliza bermula seawal 16 tahun sebagai penyanyi dan meraih beratus anugerah tempatan dijadikan sebagai kayu pengukur kejayaannya kini.

Tempat pertama diduduki oleh Puan Seri Lee Kim Hua, isteri kepada mendiang Tan Sri Lim Goh Tong, lelaki terkaya di Malaysia. Manakala tempat kedua diduduki oleh pelakon filem James Bond satu ketika dulu iaitu Datuk Michelle Yeoh.