Dalam diam-diam, pasangan ini bakal berkahwin tidak lama lagi. Menurut bakal suami Abby Abadi, Muhammad Faizal Zakaria bahawa da tertarik dengan sikap penyayang dan dermawan yang terdapat pada bakal isterinya apatah lagi melihatnya membantu golongan yang memerlukan sepanjang kariernya sebagai wartawan kanan di media tersebut.
Mereka berdua bakal bernikah pada 14 Ogos 2015 bertempat di Masjid Keramat manakala majlis kesyukuran akan diadakan pada 16 Ogos 2015. Sebagai nota, Faizal merupakan seorang duda anak tiga manakala Abby Abadi pernah berkahwin dengan pelakon Norman Hakim dan dikurniakan tiga orang anak sebelum bercerai pada tahun 2008.
Dipetik Faizal berkata
“Saya bukan jenis mudah menilai orang daripada apa yang saya baca atau dengar dan mengenali Abby dia adalah seorang wanita yang berbeza daripada apa yang diperkatakan,”