Sunday , December 11 2016
Home / Dunia Artis / Abby Abadi bertudung, tawaran berlakon berkurangan kerana bertudung? (4 gambar)

Abby Abadi bertudung, tawaran berlakon berkurangan kerana bertudung? (4 gambar)

Seperti semue sedia maklum, sejak pulang dari umrah, kini Abby Abadi telah berhijrah sepenuhnye. Apabila ditanya media, apakah sebab die kini berhijrah, antara jawapan yang diberi olehnya ialah  perpisahannya dengan pelakon Zul Ariffin juga barangkali menjadi faktor yang mempercepatkan agendanya ke sana dan bertudung sepenuhnye.

Namun perkara kurang enak berlaku, apabila seseorang artis telah bertudung, difahamkan tawaran berlakon semakin berkurangan. Ini terjadi juga pada Abby apabila terdapat produksi yang membatalkan kontrak berlakon kerana dia sudah bertudung. Tidak pasti pihak siapa yang benar, kite tunggu jawapan daripada pihak produksi.

Tags

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

Gambar Terkini Awie bersama-sama isteri dan anak-anak (6 Gambar)

Baru-baru ini Awie telah berkongsi gambar kehidupannya selepas diijabkabulkan pada 7 oktober lalu dengan pilihan ...

23 comments

  1. ala siannye die..sepatutnye pihak produksi berfikiran terbuka..xsemestinye bertudung xbole membawa watak jahat or penggoda or whatever..

  2. Alhamdulillah…semoga berkekalan…Allah Maha Pengasia lagi Maha Penyayang…

  3. apa kata lps nie abby bt bisnes pulak…bukak kedai mkn ker…kedai kek ker…bukak butiq pakaian muslimah ker…rezeki allah nie luas…

  4. model bertudung….mesti cantik….

  5. ala xlame la tu sok ssh nk berlakon buka la tudung balik mcm wan nor azlin ..dh BIASE pendapatan belas2 ribu skli xde job sape nk bg makan,nk x nk buka lah balik..nnt bglah alasan saya hanya pelakon,orang lain xpahm masalah saya,suami x bg nafkah.saya mencari rezeki untk anak2.alasan biasa artis2 .

  6. kalau tak silap, sejak beberapa bulan lepas tu baca cerita pasal dia ni, memang dah kurang offer berlakon. Jadi stress. Tambah lak ex-husband tak bg nafkah kat anak2. Bf lak break off. Wah berganda2 masalah menimpa. Tp bukan sebab bertudung aje kot…

  7. ini namanya dugaan…tudung biar la di pakai.carik la keje lain …belakang tabir ker… rezeki Allah tuh ader kat maner2 …kalo rajin ader la…kalo dok kt rumah membebel xder ler jawabnyer

  8. tba2 produksi tolak sbb wtak x ssuai kut..mybe watak yg nk dbri watak jht. x kn la org jht pkai tdung knn .. hehe rezeki dia la tu.. x smestinya btdung xda twran blakon. mna tau da juga twaran utk dia. crita mlysia buknnya mmparkn plakon x btdung smua. da juga crita yg btdung .

  9. sabar ye kak abby….

  10. alhamdulillah. Penuhi tuntutan Allah pasti ke shurga tapi tuntutan pengarah ………berfikirlah. Sumber rezeki tak semestinya dari dunia artis. Carilah rezeki yang halal Insyaalah selamat dunia dan akhirat. Tahniah anda terpilih menjalani ibadah umrah. Jangan sia-siakan peluang yang Allah berikan. Semoga anda ditemukan insan muslim yang dapat membimbing ke jalan Allah. Amin

  11. Alhamdulillah, rezeki dari Allah swt bukan manusia tentukan. Insyaallah, Abby

  12. alhamdulillah setuju sgt abby bertudung.. manis & sesuai.. moga Allah memberi rahmatNya untuk kebahgiaan Abby & anak2 dunia & akhirat.. amin.:)

  13. syukran abby, Allah saje yang tahu apa dihati kita……. mengucapkan kata2 semangat kepada orang yang dalam kesusahan atau senang adalah lebih baik malah dapat pula pahala daripada kita mempersoalkan hal orang lain, kita sendiri pula bagaimana??? rezeki Allah yang bagi bukan terletak pada pakaian…..

  14. Abby..rezeki Allah yang beri bkn syarikat produksi atau mana2 syarikat. Syarikat cuma perantaraan antara rezeki Allah dan hambaNya. Diwaktu mlm, bermohonlah pada Allah… sesungguhnya rintihan penyesalan mereka yg melakukan dosa, Allah lebih suka dari laungan suara zikir mereka yg beribadat.

  15. Ayu sungguh!!

  16. Semoga berkekalan hingga akhir hayat abby.. Tabahkan hati dan ingat Allah selalu.

  17. Amin….saya sungguh minat pada Abby, wpun dia jenis berterus terang, tetapi sangat bertanggungjawab sebagai seorang ibu…wpun dilukai oleh suaminya yang curang(bekas suami sekarang) dan dikutuk oleh orangramai dan wartawan akibat sikapnya yang suka meluahkan perasaan( perkara normal jika hati sakit atau pedih), dia tetap bangkit, kuat berusaha dan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu. bagi saya dia seorang yang tabah…semoga hidupnya diberkati Allah sentiasa…

counter statistics