Abby Abadi telah memuat naik sekeping gambar bercaption
Bersambung dari gambar sebelum ini. ALLAH SWT lebih tahu yang terbaik untuk kita. Saya redha atas apa yang berlaku. Mohon ampun dan maaf sebab sebelum ini saya berteka teki tentang kandungan saya. Antara sebabnya ialah, takut apa-apa terjadi kalau terlalu bercerita dari awal. Jadi ingat nak simpanlah dulu.
Namun ia telah terjadi juga. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui.
Menurut sumber, Abby mengalami tumpah darah ketika mahu menunaikan solat Asar di Masjid Nabawi, Madinah.
Takziah kami ucapkan kepada Abby sekeluarga. Semoga mereka bersabar dan tabah menghadapi ujian yang diberikan.