Saturday , December 3 2016
Home / Gossip Panas / AC Mizal tutup fan page sebab kedaulatan sultan atau takut siasatan ke atasnya?

AC Mizal tutup fan page sebab kedaulatan sultan atau takut siasatan ke atasnya?

Beberapa hari lepas, selepas berita mengenai syarikat jualan langsung AC Mizal dikatakan scam dan tidak mempunyai lesen oleh blog Aidid dan Utusan Malaysia. AC Mizal telah menutup fan page gelang tungsten-nya di Facebook. Ini satu perkara yang menarik.

Semalam, AC Mizal telah mengeluarkan status di profil Facebooknya mengenai penutupan Fan Page-nya atas alasan terdapat user yang menyamar sebagai Sultan Pahang. Dia menyalahkan user tersebut kerana menghina dan memperkotak-katik-kan kedaulatan Sultan Pahang sebagai alasan untuk menutup fan page tersebut. Agak kelakar dan pelik di sini.

Kami perhatikan beberapa minggu lepas, fan page tersebut bukan diselenggara oleh AC Mizal sahaja, malah terdapat beberapa Admin yang bertindak membuang komen-komen yang tidak bertanggungjawab. Masakan mempunyai Admin yang ramai, hanya kerana seorang user menyamar menjadi Sultan Pahang dia bertindak untuk menutup terus fan page tersebut.

Bukankah lebih baik AC Mizal tidak menutup fan page tersebut supaya memudahkan pihak berkuasa menjalankan siasatan? Atau mungkin AC Mizal sendiri ketakutan dengan bayangannya sendiri kerana pegawai KPDNKK sedang memantau kegiatan syarikatnya yang dikatakan tidak mempunyai lesen jualan langsung itu dan menggunakan testimoni palsu?

Selain bertindak membuat laporan polis dan menggelar blogger sebagai membuat fitnah walaupun mereka mempunyai bukti kukuh. Pihak AC Mizal masih belum cuba menapis fitnah-fitnah tersebut dengan bukti yang ada pada mereka. Kami di sini juga masih mengharap dan menanti bukti-bukti kukuh pihak AC Mizal mengenai gelang tungsten yang mampu angkat orang menggunakan satu jari itu dan harga sebenar gelang itu untuk menangkis “fitnah” yang dikeluarkan di internet.

Tags

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

hp-ayda-jebat-dirampas-mediamalaya

Video Telefon Bimbit Ayda Jebat Dirampas Penganjur Ketika Selfie Lee Kwang Soo

Video telefon bimbit Ayda Jebat dirampas pengawal pengajur ketika beliau dalam cubaan berselfie dengan artis ...

8 comments

  1. blah la ac..poyo je..bajet bgs..tbe2 sng je dpt dato..jase xde mane..wkakaka..eran aku

  2. confirm ke dato ac mizal??

  3. tgk muka pun mcm penipu….ni sebab hidup x berkat la nafkah anak dulu x bayar….ni baru balasan atas dunia….baru ko tau….uhuuu

  4. Saya sibuk, mampukah saya hafaz Al-Quran?

counter statistics