Friday , September 30 2016
Home / Isu Semasa / Adakah benar P1 Wimax menipu pelanggan atau sebaliknya?

Adakah benar P1 Wimax menipu pelanggan atau sebaliknya?

21 Disember 2013: Kenyataan di dalam artikel ini adalah bertujuan untuk berkongsi maklumat mengenai isu pelanggan telah disenarai hitam di dalam sistem CTOS, jika anda merupakan pihak P1 atau anda merupakan mangsa yang ingin berkongsikan maklumat, sila nyatakan di ruangan komen supaya kami dapat perbaiki kesilapan ini. Harap maklum.

Kami menerima aduan daripada pengunjung mengenai isu syarikat perkhidmatan Internet iaitu Packet One melalui produk mereka iaitu P1 Wimax telah melakukan penipuan terhadap pelanggan dengan menyenarai hitam nama mereka di sistem CTOS menyebabkan pelanggan mengalami masalah untuk membuat pinjaman.

Aduan yang diterima menyatakan bahawa terdapat sejumlah pelanggan P1 yang telah menamatkan perkhidmatan internet mereka sejak tahun 2010, 2011 dan 2012 mengalami masalah apabila nama mereka di senarai hitam di sistem CTOS kerana terdapat bil tertunggak mencecah ribuan ringgit sedangkan mereka telah menamatkan dan tidak menggunakan perkhidmatan itu.

Pelanggan juga telah menubuhkan komuniti di Facebook bertajuk P1 Wimax Sucks bagi mengumpul mangsa dan bukti penipuan ini.

Hasil daripada kajian pendek kami, ada beberapa sebab perkara ini berlaku di sini. Antaranya ialah:

  • Ketika pelanggan memulangkan modem dan ingin menamatkan perkhidmatan, staf P1 tidak menyertakan borang penamatan servis, sekaligus menyebabkan mangsa akan di CTOS untuk masa akan datang kerana bil tersebut akan berjalan tanpa pengetahuan pelanggan.
  • Pelanggan telah mengisi borang penamatan servis, namun staf P1 tidak mengemaskini penamatan tersebut di akaun pelanggan menyebabkan mangsa di CTOS di masa akan datang.
  • Terdapat pelanggan yang cuba memburukkan P1 apabila nama mereka di CTOS kerana tidak membayar bil internet walhal mereka tidak pernah memulangkan modem & menamatkan servis itu.

Jadi, bagi mengelakkan nama anda di CTOS, sila pastikan anda mengisi borang penamatan servis oleh P1 di ibu pejabat di mana anda memulangkan modem itu. Borang tersebut hendaklah disimpan semaksima 5 tahun, dinasihati juga borang tersebut hendaklah di “scan” dan dimuat naik di dalam cloud server seperti Google Drive ataupun Sky Drive untuk rujukan di masa akan datang.

Sebagai makluman pelanggan P1, jika anda telah menamatkan perkhimatan itu. Sila pastikan akaun anda tidak boleh di akses melalui P1 Selfcare sebaik sahaja penamatan dibuat dan sila pastikan anda telah menjelaskan segala bil tertunggak di dalam akaun tersebut WALAUPUN akaun anda sudah tidak aktif.

Apa kami lihat, tindakan P1 tidak menyekat perjalanan bil setelah lebih 3 bulan pelanggan tidak membayar SAMA sahaja seperti penyedia perkhidmatan Internet TM Streamyx dan TM Unifi cuma bezanya P1 lebih ke hadapan dengan melakukan senarai hitam pelanggan mereka di sistem CTOS.

Jika masalah itu masih timbul, laporkan kepada teknikal P1 dan tidak lupa juga untuk laporkan permasalahan anda kepada SKMM melalui pautan Aduan SKMM.

Adakah anda merupakan mangsa penipuan syarikat Packet One ini? Adakah anda mempunyai idea dan nasihat mengenai artikel ini. Sila nyatakan di ruangan komen di bawah.

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

03-rakaman-kemalangan-maut-gokart-mediamalaya

Rakaman & Gambar Kemalangan Maut Go Kart EIMARACE 2016

Kejadian kemalangan maut ketika perlumbaan EIMARACE 2016 di Sukpa, Indera Mahkota, Kuantan.

5 comments

  1. Salam sejahtera, tanpa prejudis, kami mendapati artikel saudara ada mempunyai unsur fitnah dan kesalahan fakta mengenai insiden yang melibatkan syarikat kami.

    Dukacita dinyatakan, sama ada niat anda memuatnaik artikel ini adalah dengan sengaja atau tidak, artikel ini telah memberikan tanggapan negatif terhadap syarikat kami. Untuk fakta sebenar mengenai artikel ini, sila muat turun maklumat berikut di pautan ini http://bit.ly/penafianp1 .

    Kami memohon jasa baik anda agar saudara dapat memadamkan atau membetulkan fakta ini dalam tempoh 48 jam, sekiranya saudara gagal berbuat demikian, pihak kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang ke atas saudara.

    Sekali lagi, kami memohon jasa baik saudara agar lebih prihatin, bertanggungjawab dan beretika dalam melaporkan sesuatu berita.

    Sekian terima kasih

  2. Salam sejahtera, terima kasih atas kerjasama anda dan kami tiada masalah anda membincangkan isu CTOS. Walaubagaimanapun, eloklah sekiranya saudara mendapat pengesahan kami dahulu sebelum membuat kesimpulan mengenai sesuatu isu. Harap maklumat tersebut membantu & mohon bantuan sekiranya saudara atau audien blog ini adalah diantara yang terkesan dengan CTOS, bolehlah meminta mereka merujuk kembali kepada kami melalui http://bit.ly/p1ctosinv untuk siasatan semula.

    Sekian terima kasih.

  3. Aku register p1pakej rm69 , 5gb kontrak 1 thun ,bru pakai..mse nk signup byar rm100, then salesman tu kte bln 1st byar 69 sahaja,,tp sangkaan aku silap..blan ptme aku kne byar rm100 n salesman tu bg alasan mcm2 ,, tp ak sabar n trima.. Skali td aku nk byar bil blan ni (bulan ke2),trkjut ak ble ak kne byar rm169 ..aku student..mne nk dpt duit nk byar pekej mhal2 ..aku amek booster rm30 ..30+69=rm99 … Mne dtgnye lgi rm69 tu..desperate sgt ke nk tipu orang.. Ble dtnye salesman td,dy bg halah n xnk layan aku dgn alasan nk makan skjap…sjam aku tggu kat kouter tu..xthan aku blah! Tlg r jelaskan.. Ak x bodoh nk dtipu hdup2 …

counter statistics