Adel AF 2014 atau nama sebenarnya, Adeline Joyce telah selamat dinikahi dengan jejaka pilihan hati iaitu seorang ahli perniagaan bernama Muhammad Affan Jumahat yang berusia 29 tahun. Dengan sekali lafaz di kediaman penganti di Taman Seri Gaya, Kota Kinabalu, Sabah pada hari Ahad (1 Januari 2017).

Turut hadir di majlis perkahwinan mereka ialah bekas isteri Affan bersama tiga orang anaknya.

Pasangan ini mulai berkenal sejak setahun yang lalu dan mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan pada 3 Disember lepas.