Selesai sudah kes Adi Putra yang mempunyai skandal dengan isteri orang dari Johor Bahru ini. Menurut Adi

Pihak peguam saya telah menerima keputusan rasmi daripada pihak polis pada 2 Disember lalu berhubung keputusan hasil siasatan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan kes ini diklasifikasikan sebagai tiada tindakan selanjutnya.

Ini jelas bermaksud tiada apa-apa pertuduhan ke atas diri saya dan ia telah selesai.

Sebagai nota, September lepas, Adi disiasat polis selepas seorang suami membuat aduan mengenai perbualan Whatsapp antara isteri pengadu dengan artis tersebut yang berbaur lucah. Walaubagaimanapun, selepas tiga bulan kes berkenaan senyap, timbul gosip di mana Adi menggunakan pengaruh orang kenamaan bagi menutup kes tersebut.

Hmm apakah suami tersebut menggugurkan kes saman tersebut atau dia diugut untuk menutup kes tersebut? Apa jawapan anda? Sila nyatakan di ruang komen.