Pelakon, Adi Putra telah membuka mulut dan telah mengesahkan bahawa dia sudah berpisah dengan kedua-dua isterinya, Aida Yusof dan Norshahida Dzolkifly.

Pengumuman itu dibuat oleh Adi sendiri melalui laman sosial Instagram miliknya. Dipetik Adi Putra berkata

 

Ramai yang bertanyakan mengenai status rumah tangga saya. Di sini saya ingin nyatakan, saya tidak ada apa-apa hubungan dan kaitan lagi dengan Aida dan Shahida (Norshahida). Kepada rakan media yang saya hormati, tiada apa-apa kenyataan lagi untuk diberi.

Dan berilah penghormatan kepada Aida dan Shahida supaya tidak diganggu. Terima kasih.

Adi Putra dan isteri pertamanya, Aida Yusof telah berkahwin sejak 14 April 2006 dan mereka masih belum dikurniakan cahayamata selepas sedekad mendirikan rumahtangga. Manakala isteri keduanya, Norshahida Dzolkifly dinikahi pada 20 Jun 2016 namun perkahwinan mereka dirahsiakan sehingga ia menjadi sensasi beberapa hari selepas itu.