adi1

Umum ketahui, beberapa bulan lalu telah heboh apabila gambar pernikahan Adi Putra dengan seorang penjawat awam tersebar di media sosial namun sehingga kini tiada sebarang perkembangan mengenai gosip itu walaupun ia dianggap benar.

Namun, menurut Adi Putra ketika ditembual berkata dia tidak mahu isu perkahwinan kedua itu menjadi buah mulut orang ramai dan disebabkan itu dia membuat keputusan untuk tidak memuat naik sebarang gambar bersama isteri keduanya di laman sosial.

Dipetik Adi Putra berkata

Saya ada sebab tertentu mengapa saya tidak berkongsi langsung gambar isteri kedua saya di Instagram.

Bagi saya, media sosial ialah senjata paling berkesan untuk mengundang spekulasi yang akhirnya memakan diri. Mengapa kita perlu dekat dengan bahan api kalau kita tahu ia boleh membahayakan diri?

Lagipun, antara media sosial dan solat, mana yang lebih wajib? Lebih baik saya bimbing isteri saya ke arah yang lebih baik daripada sibuk dengan media sosial. Dalam hal ini, kita kena ingat, ia bukan saja membabitkan kedua-dua isteri, tetapi juga ibu bapa kedua-dua belah pihak. Perkara itu yang saya kena jaga.

Saya tidak gemar mengatur atau membuat perancangan dan lebih selesa membiarkan sesuatu itu berlaku dengan sendirinya. Biarlah kehidupan ini berjalan seperti air yang mengalir.