Saturday , October 1 2016
Home / Gossip Panas / Adik Alyah masuk penjara, Alyah tidak mahu komen

Adik Alyah masuk penjara, Alyah tidak mahu komen

Tajuk yang menarik perhatian hari ini ialah kisah tentang adik lelaki seorang penyanyi wanita terkenal yang dijatuhkan hukuman penjara 7 tahun atas kesalahannya menyamun seorang ahli perniagaan warga Singapura, Januari lalu.

Sebelum ini telah pun diketahui, bahawa tertuduh kes ini adalah adik kepada penyanyi terkenal Alyah terutamanya bagi mereka yang tidak ketinggalan mengikuti perkembangan beritas semasa di Buletin Utama. Namun sehingga ke hari ini Alyah dikatakan masih agak keberatan untuk masuk campur atau mengulas atau memberi sebarang komen terhadap kes ini.

Malah Alyah juga dikatakan tidak hadir sewaktu mahkamah menjatuhkan hukuman ke atas adiknya itu sedangkan ahli keluarga yang lain berada di dalam kamar mahkamah.

Diharap Alyah dan keluarga dapat bersabar dengan dugaan yang menimpa. Memang berat dugaan tersebut tambah-tambah Ramadan dan Syawal semakin menghampiri.

Diharap pihak lain juga menghormati privasi Alyah dan memberinya ruang buat sementara waktu sebelum cuba mendapatkan komen atau ulasan dari pelantun suara untuk lagu Kisah Hati ini.

Sumber dipetik: Portal Murai

Tags

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

02-remy-ishak-pasang-bodyguard-mediamalaya

Remy Ishak kini dikawal pengawal peribadi selepas terima ugutan bunuh (7 Gambar)

Pada bulan lepas, kami ada memaparkan berita dimana pelakon, Remy Ishak menerima ugutan bunuh gara-gara ...

2 comments

  1. kesian…adik yg buat hal, dia yg terima tempias..

  2. org media x adil, ade ke perlu tajuk berita mcm tu? x bole ke letak tajuk berita mcm org biasa kena tangkap? apa perlu bg tau 1 dunia adiek penyanyi polan sipolan masuk penjara…. haktui betul wartawan sje nk laku kan sokabar..!!

counter statistics