Thursday , September 29 2016
Home / Gossip Panas / Aida Rahim cerai talak satu

Aida Rahim cerai talak satu

Petikan diambil dari Murai

Selepas hampir sepuluh tahun melayari bahtera perkahwinan, akhirnya pasangan Joe Radzwill dan Aida Rahim @ Aida Khalida bersetuju untuk membawa haluan masing-masing.

Kemelut yang membelenggu pasangan itu juga akhirnya selesai setelah mereka bercerai secara baik di hadapan Hakim Syarie Ghazali Ahmad Mahkamah Syariah Petaling Jaya. Mereka bercerai dengan lafaz talak satu, kira-kira pukul jam 10.05 pagi tadi. Selepas selesai perbicaraan, mereka kemudiannya bersalaman.

Permohonan pembubaran perkahwinan secara fasakh itu dibuat mengikut Seksyen 53 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Aida dan Joe (Ismail Ahmad @Mohd Radzwill), bernikah di Yala, Selatan Thailand pada 6 November 2002. Pasangan ini kemudian pengesahan pernikahan mereka di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 12 September 2009.

Joe yang pernah berlakon dalam filem Black Maria mempunyai tiga anak daripada perkahwinannya sebelum ini manakala Aida ketika itu merupakan ibu tunggal kepada seorang anak perempuan.

Tags

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

02-remy-ishak-pasang-bodyguard-mediamalaya

Remy Ishak kini dikawal pengawal peribadi selepas terima ugutan bunuh (7 Gambar)

Pada bulan lepas, kami ada memaparkan berita dimana pelakon, Remy Ishak menerima ugutan bunuh gara-gara ...

counter statistics