Melalui sidang akhbar baru-baru ini, Akim Ahmad menjelaskan bahawa dia tidak mengharap sebarang tajaan bagi melancarkan majlis perkahwinan mereka pada tahun hadapan

BACA: Akim Ahmad & Stacy Angie akan berkahwin tahun hadapan

Dipetik Akim berkata kepada BH Plus

 

Bagi saya, cukuplah sekadar majlis sederhana bagi meraikan kedua-dua belah pihak. Semestinya kedua ibu bapa kami ingin menjemput sahabat rapat dan saudara terdekat

Kami tidak mengharapkan tajaan namun tidak menolak sekiranya tawaran diberikan bersesuaian dengan majlis itu nanti. Kami tidak mahu majlis kami dikawal dan mengikut kehendak pihak penaja. Saya juga tidak menolak kemungkinan untuk menyanyi di majlis perkahwinan sendiri

Selain daripada itu, Akim juga memberitahu media bahawa tidak menolak kemungkinan akan menyanyikan lagu baru yang dicipta khas untuk majlis perkahwinan mereka.