Stacy-Akim-Tunang-MEDIAMALAYA

Hubungan Akim Ahmad dan Stacy Angie sudah tidak boleh selindung lagi. Bermula dengan kisah percintaan mereka, kemudian beraya bersama dan paling terbaru apabila Stacy telah memeluk Islam dan kini mereka berdua sudah bertunang.

BACA: Gambar Majlis Pertunangan Stacy & Akim (3 Gambar)

Pasangan ini masih merahsiakan tarikh perkahwinan mereka dengan berkata mereka masih belum berbincang mengenai tarikh tersebut. Dipetik Stacy berkata

Saya tidak boleh cakap lebih sebab perkara kahwin belum difikirkan buat masa sekarang. Ia masih belum dibincangkan oleh kedua-dua pihak dan sampai masanya nanti kami akan beritahu kepada semua

Kami bukannya sengaja mahu berahsia, sebaliknya saya tidak mahu terlalu terbuka berkongsi soal peribadi dengan khalayak. Lagipun, majlis pertunangan kami diputuskan dua minggu sebelum ia dilangsungkan. Itu pun atas permintaan keluarga yang mahukan perkara baik seperti ini disegerakan.

Saya tahu, keluarga mahukan yang terbaik untuk kami sebab mungkin selepas ini, lebih banyak dugaan yang tidak dijangka akan berlaku. Jadi, keputusan bertunang ini dibuat demi kebaikan kedua-dua belah pihak agar terhindar daripada perkara atau fitnah yang tidak elok