Saturday , May 30 2020

Akma AF3 selamat bersalin anak kedua (2 Gambar)

Bekas peserta rancangan realiti Akademi Fantasia musim 3, Akma AF telah selamat melahirkan anak kedua, semalam. Bayi sihat itu dilahirkan dengan berat 2.23 kilogram melalui kaedah pembedahan di Pusat Perubatan Prince Court kira-kira jam 2.30 petang. Dipetik Akma berkata

Saya bersalin awal sebulan kerana tarikh jangkaan ialah 20 November. Mungkin juga anak kedua kami ini sudah tidak sabar melihat dunia. Apapun alhamdulillah bayi sihat. Cuma kami belum ada nama untuknya lagi. Tengah menyenaraikan nama terbaik dan pilihan dengan ustaz.

Sebagai nota, Akma AF3 telah berkahwin dengan Farih Hamshi pada 30 Jun 2012 dan dikurniakan seorang anak perempuan.

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

Puteri Aishah positif COVID-19, kini mulai rawatan

Umum ketahui pelakon Puteri Aishah telah disahkan positif COVID-19 selepas pulang menjalani penggambaran di Scotland …

counter statistics