Remy Ishak dan Izara Aishah bersama-sama akan membintangi filem arahan Osman Ali iaitu Pilot Cafe yang diadaptasikan dari novel cinta popular karya Ahadiat Akashah.

Remy memegang watak pemuda kampung bernama Rashid akui melalui beberapa babak mencabar di samping Izara Aishah yang memegang watak sebagai Maya.

Babak saya dan Maya (lakonan Izara Aishah) berasmara antara babak mencabar pada saya. Babak itu di mana kami berdua berbaring di atas batu di pantai. Ketika penggambaran babak itu, ombak sangat besar.

Sebelum buat babak itu aya ada beritahu Izara yang saya rasa takut sebab memang ombak kuat pada masa itu. Ada sekali kami dipukul ombak dan hampir hanyut. Mujurlah tangan saya mencengkam kuat pada batu tersebut.

Di dalam trailer filem ini terdapat aksi panas Remy Ishak dan Izara Aishah berasmara di atas batu di tepi laut. Yeah aksi seperti ini yang bakal membuatkan filem tempatan meletup.