Petikan diambil dari Harian Metro

CAK tidak nafikan Amanda Imani penyanyi yang berbakat besar. Biarpun masih merangkak untuk mendapat perhatian pencinta muzik tempatan, CAK kagum dengan kesungguhannya yang tidak pernah berputus asa memastikan impiannya muncul sebagai penyanyi terkenal menjadi kenyataan.

Kawan CAK itu mengadu yang pihak pengurusannya boleh memberi alasan yang dia tak tahu pula tarikh itu jatuh pada malam pertama Ramadan. Apa lagi kawan CAK yang terkenal dengan personaliti ‘kaki hencap’ tu teruslah menyekolahkan wakil pengurusan itu. Kalau ye pun tak tahu, takkan tak boleh ubah tarikh apabila sudah tahu kan.

Nasib baik mereka faham dan membenarkan teman CAK tadi menemubual ketika Amanda sedang sibuk melakukan latihan untuk showcase sebelah malamnya.

Entahlah, CAK pun macam dah malas nak nasihatkan sesetengah artis yang kadang-kadang langsung tiada rasa sensitif pada perkara-perkara wajib seperti ini.

Hukumannya, CAK dengar cerita tiada teman media pun yang tunggu hingga habis dan yang datang hanyalah seorang dua je. CAK harap Amanda lebih berhati-hati selepas ini dan janganlah terlalu taksub hingga memakan diri sendiri.