Thursday , December 8 2016
Home / Isu Semasa / Amir, anak ibu lumpuh ditawarkan kerja, rumah dan kereta

Amir, anak ibu lumpuh ditawarkan kerja, rumah dan kereta

Some faith in humanity has been restored. Mungkin itu ungkapan mereka yang kerap baca meme macam kami. Aww Yeaah!

Amir, 27, anak kepada seorang ibu yang lumpuh yang dilapor akhbar meninggalkan ibunya di hotel bajet tempoh hari. Beberapa hari selepas itu, Amir tampil membuat penjelasan bahawa dia di tahan di wad kerana sakit mata dan tidak berniat untuk meninggalkan ibunya di situ.

Laporan akhbar hari ini menyampaikan berita gembira buat Amir dan ibunya apabila anaknya itu ditawarkan kerja baru bagi menggantikan kerja hakikinya sebagai pegawai pemasaran di sebuah syarikat swasta.

Tawaran tersebut diberikan oleh seorang usahawan besi keluli, Datuk Jamhuri Abdul Rahman, semalam. Dia turut ditawarkan sebuah rumah sewa sudah di bayar sewanya selama setahun untuk tinggal bersama ibunya. Alhamdulillah, kan best kalau CEO-CEO syarikat baik hati seperti ini dan ambil anak-anak yang masih menganggur di luar sana tanpa perlu interview yang bias.

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

cuimb_mviaikcka

Aplikasi Razak menerima serangan “1 Bintang” di Google Play

Aplikasi Najib Razak baru sahaja diumumkan pada hari ini namun ia mendapat reaksi yang berbeza ...

23 comments

  1. semua kejadian ada hikmahnya…

  2. Alhamdullillah, berkat berbakti pada ibu! 🙂

  3. Rezeki
    …alhamdulillah

  4. Langsung x blh diterima alsan yg dgunakan..cb klu cite ni x kluar paper igt si bodoh ni nk ke bela mak dia?dasar jantan keparat x guna dah buang mak ko pas tu sbuk nk jg balik..

    • Tak baik ckp org camtu, kita tidak ditempat dia so x tau cerita yg sebenar, kan ke Amir tu ditahan di wad,

  5. Apa lh fiza ni!!! kan dia dan sedar tu…. Biar lh dia dtg ambik mak dia semula dr dia x ambil terus!!! ish….

    • sedar bila dh publish kat paper.cb x kuar paper?nsb baik mak dia hdup klu mati?

      • Istighfar byk2 Fiza, check & audit diri sendiri dulu sblm mengeluarkan kenyataan… Awak kenal rapat dgn die ke? Pernah jumpa die?

  6. apa apa je lah kau fiza …. macam paham!! suka suka kau je nak cakap orang keparat….gi balas jasa mak kau dulu…… perangai cam orang tak bertamadun!

    • Setuju! Akhbar menjalankan tanggungjwb sosial shj… Mmg kerja dorang mencari berita sensasi… Sebab semua org mcm korang & aku suka baca… Kalau xko beli tak paper tu?! Audit diri sendiri dulu…

  7. kesian mak dia, aper2 pun nasib baik semua dah ok. ( naper dia tak call hotel tu kata kena tahan sakit mata ? )

  8. Lepas ni harap jgn la ada org sengaja tinggalkan ibu bapa utk dapat ganjaran..menolong mereka ada sikap yg sgt baik n harus dipuji tp x perlu la publish dlm newspaper takut jadi impact -ve

  9. melayu bodoh bangang

    wow…cmni jom la rmai2 tinggal mak kita kt hotel murah…pastu kita sndiri call metro..pastu kata xde niat…confirm dpt rumah dan kereta!!!!!!!!!!

  10. benci si tanggang

    sakit apenyer sihat walafiat je aku tengok… bengong punyer anak…

  11. Jgn terlalu menghakimi org lain. klu dia betul2 anak derhaka, dia tidak akan muncul semula untuk ambil ibunya. kita tdk tahu apa yg dia hadapi.

  12. mmg dh kne maki dh budak ni.tp btl la jugak,kte xtau keadaan sbna dia tym 2…jika btl dia salah,tp dia dh dtg amik blk mak dia..kre ok la 2,dr dia biar mak dia mcm 2 je..kite berdoa agar Allah xpalingkan hati kite dari berbakti pada ibu bapa kite…

  13. bgus lha tu…smoga Tuhan mberkati si ank dan ibu ..

  14. dh tgl kn mak die mcm tu jer..pastu sng2 dpt keje sume umah sume? kalo xdpt ape2 lgsg die xtgk mak die..cehh..pooordahhh!!

  15. janganlah macam tu…..kesusahan orang ni macam -macam..
    tak duduk tempat dia senang kita cakap..
    bersyukurlah dengan apa yang kita ada…
    -BERSYUKUR-

  16. smoga dgn rzeki n rahmat yg Allah dh berikan ni dia x kan lupa n tinggalkan mak dia lg.biar sesusah n seteruk mn jgnlh biarkan ibu kita menangis…

  17. Alhamdulillah, si ibu dapat bertemu dgn anak yg dikasihi semula walaupun MUNGKIN anaknya itu bersalah tinggalkan ibu tanpa berita. Emmm…kalau si ibu pun boleh maafkan anak dia, apatah lg kita yg foreign ni. Mmg nampak anak dia ada masalah, mungkin dia je sorang dlm family yg kena jg ibu yg lumpuh, +takde kewangan mencukupi +tak kahwin lg – tension woo. Sanggup dia bwk ibu dia dtg KL dok kat hotel, while he's having treatment at hospital himself. Kalau anak derhaka, dah lama tinggal ibu kat rmh kan. So, bersyukurlah, ibu itu masih ada anaknya disisi…

  18. kalau tgk wajah ibu amir ni mengalir air mata aku.. sedih.. tp alhamdulillah amir sggup jaga mak dia. ada btul jga amir bwk mak dia duk hotel. dr dia tgglkan kat umah bujang. mesti x slesa. bab dia tgglkan mk dia tu xperlulah kita menghukum amir sbb kita pn x tau keaadaan amir yg sebenarnya. apa yng penting kita doakan kesejahteraan mereka anak beranak.. kita yg masih ada ibu bapa ni ptut audit diri sendiri sejauh mana pengorbanan kita pd mk bpak kita..

counter statistics