ammar-alfian-aziz-nafi-tuduhan-mediamalaya

Nampaknya kita dah tahu suspek utama penyebaran gambar bogel Idris Khan dan Atikah Suhaime. Menurut penjelasan David Teo tempoh hari, bahawa dia telah menemui dalang penyebaran gambar tersebut. David tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada dalang tersebut.

BACA: Jaga-jaga! David Teo akui tahu dalang sebar gambar bogel Atikah Suhaime

Suspek yang dimaksudkan itu ialah Ammar Alfian. Ammar telah menerima kiriman WhatsApp daripada Idris yang menuduhnya menyebarkan gambar tersebut. Tuduhan itu walaubagaimanapun telah dinafikan oleh Ammar sendiri. Menurut Ammar, sebagai kawan yang baik Idris sepatutnya merujuk kepadanya dahulu sebelum melemparkan tuduhan melulu.

Kemudian, Ammar telah mencabar Idris Khan untuk membuktikan jika benar dia adalah dalang yang menyebarkan gambar bogel itu. Mari kita lihat siapa yang kena.