Suruhanjaya Komunikasi dan Mutimedia Malaysia (SKMM) telah mendenda penyanyi Amy Mastura dan Suria FM hampir RM10,000 akibat menyampaikan perkataan yang kurang sopan ketika keudara radio berkenaan. Walaubagaimanapun, denda itu telah dijelaskan oleh pihak Suria FM pada 23 Februari lalu.

Pengurus besar program Suria FM, Subarma Mokhtaruddin berkata, pihaknya kesal dengan kejadian yang berlaku dan akan lebih berhati-hati supaya perkara yang sama tidak akan berulang lagi.

Denda ini dibuat ketika Amy Mastura ketika itu menjadi kaki latah telah mencarut dalam program ‘Suria Pagi’ secara langsung 7 Disember tahun lalu.

ketika itu difahamkan ada penyampai yang mengusik Amy, lalu Amy Mastura pun melatah sehingga terkeluarlah ayat, “Oh p****** kau meletup, p***, p****** hantu.”