Pasangan suami isteri paling popular, Amar Baharin & Amyra Rosli bengang apabila terdapat orang yang tidak bertanggungjawab telah membuat halaman fanpage palsu menggunakan nama mereka.

Bukan setakat itu, fanpage tersebut juga telah menjanjikan hadiah lumayan berupa iPhone buat likers mereka dalam sebuah pertandingan.

Tidak mahu orang ramai terkeliru dengan fanpage palsu itu, pasangan tersebut menjelaskan bahawa mereka sama sekali tidak terlibat dengan pertandingan tersebut.

Keadaan begini telah pun berulang banyak kali. Tambahan pula membabitkan penganjuran majlis di lokasi-lokasi tertentu. Pihak tidakbertanggungjawab itu turut menggunakan wajah kami sebagai ‘pelaris. Saya pernah tegur secara baik kepada mereka. Kita maklum tentang bisnes dan strategi pemasaran mereka tapi tidak eloklah menggunakan cara sebegitu.

Lagipun kita sebagai masyarakat Melayu ini ada adab dan cara tersendiri terutama dalam bab menegur orang lain yang baru dikenal. Paling tidak pun, saya akan berdiam diri membiarkan saja tindakan pihak tersebut walaupun secara terang-terangannya itu memang salah. Bagaimanapun semakin saya berdiam diri, semakin pula menjadi-jadi. Itu yang buat saya tidak boleh duduk diam itu. Saya perlu melakukan sesuatu.

Dengan cara tindakan sebegini, saya dapat memastikan kejadian yang sama tidak lagi berulang. Bukan marah tetapi kecewa. Sudah banyak kali kami kena berdepan dengan hal macam ini, berulang kali. Harap-harap selepas ini tidak lagi berlaku. Tolong faham, ini juga membabitkan periuk nasi kami suami isteri.