Sunday , December 4 2016
Home / Dunia Artis / Ana Dahlia & Chef Riz selamat bernikah (4 gambar)

Ana Dahlia & Chef Riz selamat bernikah (4 gambar)

Dengan sekali lafaz, pelakon Ana Dahlia, 28 sah bergelar isteri kepada chef selebriti, Mohd. Nadzri Redzuawan atau Riz, 29 , di rumah pengantin perempuan di Taiping, Perak.

Ana berwalikan bapa kandungnya, Jaafar Mat Ali, 58, telah dinikahkan oleh Naib Kadi Kampung Batu 8, Changkat Jering, Taiping, Perak, Ustaz Nawi Osman, 59, kira-kira pukul 12.30 tengah hari dengan mas kahwin sebanyak RM1 001.

Ia turut disaksikan oleh keluarga kedua-dua belah pihak dan rakan-rakan terdekat pasangan pengantin.

Pada majlis tersebut, Ana menerima wang hantaran berjumlah RM20,000 dengan 10 dulang hantaran, manakala, pihak Riz menerima 15 dulang.

Pasangan dua merpati sejoli ini berpakaian sedondon rona putih rekaan Fendi dari butik Syarakim.

Majlis persandingan pasangan ini akan berlangsung pada sebelah malam di Menara Kamalbina, Taman Tasik, Taiping, Perak. Lagi gambar after the jump.

Kopi pasta sebulat suara: mStar Online

Tags

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

6-julia-ziegler-kahwin-mediamalaya

Julia Ziegler Kahwin Jurutera Januari 2017 (6 Gambar)

Untung badan jadi artis. Pelakon Julia Ziegler akan menamatkan zaman bujangnya dengan bakal menikahi seorang ...

5 comments

  1. sama cantik sama padan Tahniah!!

  2. hehehehehhe………………………………sma cinta dan comel

  3. memang padan sangat2…moga bahagia ke anak cucu dan ke akhir hayat…

  4. Cantik isteri Chef Riz ni..

  5. Tahniah Chef Riz. Moga bahagia hingga ke akhir hayat dan berkekalan dunia & akhirat.

counter statistics