Salam takziah kami ucapkan buat penyanyi Azharina dengan berita sedih ini. Anak angkat keduanya, Rizkie yang baru berusia 23 hari telah meninggal dunia pada jam 10.30 pagi semalam. Jenazah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kambung Baru Batu 14, Puchong, Selangor selepas solat Asar semalam.

Semoga Azharina dan keluarga tabah menghadapi dugaan ini.