Rezaimen Keiflin, 12 tahun, anak lelaki pelakon Linda Rafar disahkan meninggal dunia akibat ketumbuhan kronik dalam perutnya.

Linda memaklumkan pemergian anaknya melalui laman sosial Insta lebih kurang jam 6 petang tadi.

Dua hari lalu, Linda sempat meminta follower mendoakan kesihatan anaknya

Assalamualaikum semua. Pada bulan Ramadan ini saya minta jasa baik sahabat semua bacakan beberapa surah al-Quran dan doa untuk adik Rezaimen Keiflin dan selepas itu, berdoalah apa supaya sel-sel kanser dalam badan adik Men berkurang