Sunday , December 11 2016
Home / Dunia Artis / Anak Norlia Ghani meninggal dunia

Anak Norlia Ghani meninggal dunia

Anak kepada pelawak dan pelakon Norlia Ghani, Edi Rizal Ramli, maut setelah terjatuh dari tingkat 7 Pangsapuri kediamannya di Keramat Jaya 2 tengahari tadi.

Edi Rizal yang juga adik kepada pelakon Rusdi Ramli, terlepas pegangan pada balkoni ketika usahanya untuk menangkap seorang pencuri, lalu terjatuh.

Kejadian berlaku kira-kira jam 12 tengahari apabila Edi Rizal bergegas ke tingkat 7 Pangsapuri Murni ini setelah dimaklumkan oleh penduduk akan kejadian pecah rumah.

Seorang lelaki berada di dalam rumah tersebut.

Edi Rizal yang tinggal di tingkat 4 , lalu ke tingkat 7 dan kemudian bertindak memanjat balkoni sambil memegang sebatang kayu hoki.

Bagaimanapun, pegangannya tiba-tiba terlepas menyebabkan mangsa terjatuh ke atas bumbung di tingkat 3 sebelum terhempas di tingkat bawah.

Edi kemudian di bawa ke Hospital Kuala Lumpur dengan ambulan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dalam keadaan cedera parah di kepala dan badan.

Bagaimanapun, mangsa kemudian disahkan telah meninggal dunia sebaik tiba di Hospital.

Edi merupakan anak ketiga dari empat beradik kepada Norlia Ghani.

Jenazah dituntut jam 5-30 petang tadi di Bilik Mayat HKL oleh ayahnya, Ramli Ismail.

Jenazah kemudian dibawa ke Surau Al Ansar, Keramat jaya 2 untuk dimandi dan dikafankan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Keramat.

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

Sekitar Majlis Pertunangan Siti Saleha dan Lufti Azhar

Tahniah kami ucapkan buat pelakon Siti Saleha setelah selamat bertunang dengan jejaka pilihan hatinya, Lufti ...

10 comments

  1. Takziah. Kpd ahli keluarganye, semoga bersabar dan redha dgn ujian Allah. Apapun respek kpd arwah sbb berusaha nk tlg tangkap pencuri, tp dah ditentukan ajalnye smpi masa tu. Al-Fatihah.

  2. takziah..ade masuk paper muke dpn..jatuh umah flat ek..

  3. weh nape nick aku dh x bleh komen..sape sabotaj..haha..ampeh..ceh

  4. wei nape nick aku dh xbleh komen..sape sabotaj..hahaha..ampeh..ceh

  5. Takziah…. Al-fatihah!

  6. ala..nick ceh tu dh pemes..kang gune nick lain org dh xkenal aku lg..wkakakakaka..

    • ni dah kua dah komen ko ceh… hmmm kot server kat area ko tu jammed kot..mana le tahu. sape le yg nk sabo ko smpi komen msk spam, nick xkua etc..hmm weird aaaa

  7. Kesian..TAKZIAH bt KUARGENYER…

  8. takziah buat keluarge arwah…
    moge arwah tenang disana…

counter statistics