Thursday , December 8 2016
Home / Dunia Artis / Anak Rini AF Meninggal Dunia

Anak Rini AF Meninggal Dunia

Dalam pada umat Islam bergembira untuk meraikan Aidilfitri pada Ahad ini, bintang Akademi Fantasia 7, Rini menerima berita sedih apabila anak sulungnya yang baru saja dilahirkan pada 9 Ogos lalu telah kembali ke Rahmatullah, tengah hari tadi di Hospital Kajang.

Maryam Joanna binti Johanis dilaporkan jatuh dari katil pada 11 Ogos lalu dan berada dalam keadaan kritikal selepas lemas akibat tertiarap terlalu lama selepas jatuh. Bayi yang dilahirkan seberat 4.25kg ini dilahirkan di Hospital Putrajaya secara pembedahan. Takziah diucapkan kepada Rini sekeluarga di atas pemergian puteri sulung mereka.

Sumber dipetik: Blog Bulan Purnama

Tags

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

3-gegar-vaganza-3-akhir-mediamalaya

Azharina Juara Gegar Vaganza 3

Program yang berlangsung selama 8 minggu ini telah berakhir selepas Azharina telah dinobatkan sebagai juara ...

9 comments

  1. hohoholick la mama

    takziah..moga rini dan suami tabah.al-fatihah..

  2. mcm mane anak bule tejatoh tetiarap lame??takkan xseda lgsg?

  3. ye sy rasa masa tidur tu dia tsepak anaknya hingga jatuh kot…

  4. parents tido ganaz sgt kot, smpai x sedar anak jatuh. klu bru beranak tu, suami tlgler alert2 sket…wife penat sbb bru bbrp hr bertarung nyawa nk kuarkan satu nyawa….

  5. Ya Allah..berharap dan berdoa sangat agar anak ini selamat tapi perancanganMu lebih sempurna. Buat Rini dan suami semoga tabah. Berat mata memandang pasti berat lagi bahu memikul, masa pantang pun belum tamat.

  6. ni mst kes tdo lesak sgt ni smp terterajang ank..huhu..xkn baby bleh gerak sndr..ishh..ptt org dlm pantang tdo bwh bkn ats katil…tp dh ajal ank die cmtu..nk wt cmne

  7. jangan salahkan sesiapa, kesian kat rini n husband.. ini semua ketentuan allah, kalau tak macam ni caranya, mungkin dengan cara lain.. dh tertulis yang anaknya hidup beberapa hari saja.. terima saja ketentuan illahi… 🙂

  8. Innalillah, al fatihah

  9. tpikir cmne baby umo bbpe hari bleh jato tgolek… blm pandai brguling pn rsenye… ksian… ksian mkir keadaan baby yg mengharungi saat2 lemas tu.. dan kesian kt parentnye.. khilangan ank ptama.. comel lagi.. alahai…

counter statistics