Tahniah diucapkan kepada Anne Ngasri selepas selamat melahirkan bayi lelaki di Hospital KPJ Tawakal, Kuala Lumpur sekitar jam 5.55 petang hari Selasa lepas. Bayi seberat 3.4 kilogram selamat dilahir secara normal itu juga disahkan oleh akaknya, Darling Ngasri.

Hasil perkahwinan pertama Anne dahulu, dia telah dikurniakan dengan 3 orang anak iaitu Abdul Warits, 5, Abdul Wafri, 4 dan Nazharah Afrozah, 2.