Pelakon Anne Ngasri telah selamat dinikahkan dengan pasanganye, Sumali di rumah keluarga pihak lelaki di Kampung Sungai Pinang, Pontian, Johor jam 11 pagi tadi yang dihadiri lebih kurang 100 orang tetamu.

Anne atau nama sebenarnya Nasriah Ngasri turut menerima wang hantaran sebanyak RM11,111 serta lima buah dulang hantaran iaitu seutas beg tangan Burberry, set wangian Chloe, jam tangan Cerruti 1881, seutas gelang emas, dan sepersalinan baju.

Sumali yang juga merupakan Setiausaha Kerja, Pergerakan Pemuda UMNO menerima berupa set wangian Bvlgari, jam tangan enama Cerruti 1881, sepersalinan baju dan sebentuk cincin.

Gambar penuh selepas ini.

Sumber dipetik: mStar Online