Sunday , June 24 2018
Home / Dunia Artis / Awal Ashaari terlibat dengan kemalangan

Awal Ashaari terlibat dengan kemalangan

Kereta BMW 6 Series yang dipandu teman Awal Ashaari, Izuan Mokhtar rosak teruk selepas terbabit kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan tidak jauh daripada kawasan Rehat dan Rawat Ayer Keroh, Melaka kira-kira jam 11 pagi tadi.

Kejadian itu dimaklumkan wartawan Melodi TV3, Zuan Azmi kepada BH Online. Awal dikatakan dalam perjalanan ke Melaka untuk mengacarakan program Melodi secara langsung di Jom Heboh Melaka.

Awal dilaporkan dalam keadaan stabil dan sedar diri. Suami kepada Scha Alyahya itu dikejar ke Hospital Besar Melaka.

Izuan yang dihubungi memberitahu kereta itu rosak teruk selepas terbabas ke bahu jalan.

“Saya rasa brek tidak berfungsi dengan baik dan tayar bahagian belakang bocor. Semuanya terjadi dengan begitu pantas,” kata Izuan.

Tags

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

Johan As’ari minta Polis siasat rumah Tun M (3 Gambar)

Umum ramai ketahui, kini sedang rancak Pihak Berkuasa sedang menyiasat skandal kewangan yang melanda negara ...

counter statistics