Saturday , May 30 2020

Awi Rafael dimasukkan ke hospital

Penyanyi tanahair, Awie Rafael telah terlibat dengan kemalangan jalan raya sekitar jam 1 pagi tadi. Berita ini telah dikongsikan melalui akaun rasmi milik penyanyi itu.

Dipetik Pengurus Pemasaran Domestik Warner Music Malaysia, Anne Andry berkata

Awi baru saja lepas operation. Menurut doktor, dia dimasukkan ke dewan pembedahan kerana keadaan kakinya yang tidak begitu baik akibat diseret kereta terbabit. Jadi, luka di kaki Awi perlu dijahit dan dibersihkan.

Kejadian berlaku sekitar jam 1 pagi tadi di kawasan Casa Tropicana, Kota Damansara. Ketika itu Awi dalam perjalanan keluar rumah dari simpang rumahnya dengan menunggang motorsikal, namun ada kenderaan yang tidak nampak dia berada di situ. Kenderaan terbabit telah melanggar dan mengakibatkan Awi dan motornya terseret sama.

Bagaimanapun, orang tersebut telah bertanggungjawab dan terus membawa Awi ke hospital yang berhampiran. Menurut doktor lagi, jika keadaan Awi beransur pulih dia dibenarkan pulang pada hari ini ataupun pada esok hari

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

Puteri Aishah positif COVID-19, kini mulai rawatan

Umum ketahui pelakon Puteri Aishah telah disahkan positif COVID-19 selepas pulang menjalani penggambaran di Scotland …

counter statistics