Tahniah kami ucapkan buat vokalis kumpulan Wings, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 48 tahun selepas dianugerakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk sempena ulangtahun keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang ke-86.

Awie ternyata bersyukur dengan penganugerahan itu dan menganggap ia sebagai satu permulaan yang baik sempena menyambut tahun baru dan rezeki selepas mendirikan rumah tangga pada hujung tahun lepas.