Azean-Irdawaty-Meninggal-Dunia_resize

Pelakon veteran, Azean Irdawaty telah disahkan meninggal dunia kira-kira jam 8.26 malam semalam di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Allahyarhamah yang menghidapi penyakit tumor dan lymphedema sejak lima tahun lalu dimasukkan ke PPUM sejak seminggu lalu apabila keadaan kesihatannya bertambah teruk.

Allahyarhamah meninggalkan suami, Khairil Anwar Z.M Rashidi dan tiga orang anak, Khaeryll Benjamin, Elza Irdalynna dan Inessa Irdayanty.. Bersama-samalah kita mensedekahkan surah Al-Fatihah buat arwah.