1-gegar-vaganza-3-akhir-mediamalaya

Program yang berlangsung selama 8 minggu ini telah berakhir selepas Azharina telah dinobatkan sebagai juara dalam program realiti Gegar Vaganza 3. Sudah pasti ramai yang menjangka kemenangan dimiliki Azharina apabila beliau tampil dengan persembahan yang amat konsisten pada setiap minggu.

Dengan kemenangan ini, Azharina membawa pulang wang tunai berjumlah RM100 ribu, sebidang tanah lot banglo, pakej percutian ke Eropah, trofi kemenangan dan peluang membuat rakaman sebuah single terbaru terbitan Astro.

Tempat kedua yang membawa pulang RM50 ribu beserta trofi kemenangan, telah dimenangi oleh Siti Sarah yang juga telah memenangi Persembahan Pilihan Penonton. Berikut adalah keputusan penuh Juara Gegar Vaganza 2016 Akhir!

  • Juara: Azharina (Wang Tunai RM100,000 + Trofi)
  • Naib Juara: Siti Sarah (Wang Tunai RM 50,000 + Trofi)
  • Tempat Ketiga: Zarul Umbrella (Wang Tunai RM30,000 + Trofi)
  • Tempat Ke Empat: Ameng Spring (Wang Tunai RM15,000 + Trofi)
  • Tempat Kelima: Intan Sarafina (Wang Tunai RM10,000 + Trofi)
  • Tempat Ke Enam: Gmie Screen (Wang Tunai RM5,000 + Trofi)

2-gegar-vaganza-3-akhir-mediamalaya

3-gegar-vaganza-3-akhir-mediamalaya