“Bukan salah dia. Dia tertipu…” kata Afida Es yang mengesahkan anaknya, pengarah dan pelakon terkenal, Aziz M Osman, 46, sudah berpisah dengan ustazah, Nor Radhiah Ramli, 22.

Afida ketika dihubungi Metro Ahad berkata, kes anaknya dibawa ke mahkamah syariah dan sudah selesai.

“Perkahwinan anak saya tidak sah kerana wanita yang dikahwininya masih dalam tempoh edah. Ketika Aziz merujuk permasalahannya ke mahkamah syariah, status perkahwinannya batal,” katanya yang simpati dengan nasib anaknya.

Menurut Afida, Aziz menceritakan masalah dihadapinya selepas pulang berbulan madu bersama isterinya di Bali, Ogos lalu.

ps: Dengar kata Aziz M. Osman tahu perkara ini selepas dia pulang dari berbulan madu di Bali, Indonesia, bermakna jika terjadinya bunting pelamin, adakah ia di’kira sebagai anak luar nikah? Dan bagaimana pula status mereka ketika berbulan madu di sana?