Monday , September 25 2017
Home / Dunia Artis / Bantu mangsa kemalangan, Lan Pet Pet malu gambar tersebar

Bantu mangsa kemalangan, Lan Pet Pet malu gambar tersebar

Lan-Pet-Pet-Viral-MEDIAMALAYA

Baru-baru ini beberapa keping gambar yang mempertontonkan pelakon dan pelawak terkenal, Lan Pet Pet sedang membantu mangsa kemalangan telah menjadi viral di laman sosial.

Pada keterangan gambar tersebut, Lan Pet Pet dilihat membantu seorang mangsa yang baru dilanggar dan dalam usaha mengesot ke bahagian tepi jalan. Menurutnya, dia berasa tidak sampai hati melihat keadaan itu apabila sekelilingnya tiada seorang pun yang datang memberi pertolongan dan bertindak keluar dari kenderaan dan membantu mangsa.

Namun tindakannya itu menjadi perhatian dan dirakam membuatkan ia menjadi viral. Dipetik Lan Pet Pet berkata

“Saya tidak tahu ada pihak merakam gambar saya ketika saya cuba membantu lelaki berkenaan dan saya hanya mengetahuinya apabila diberitahu oleh isteri. Saya jadi malu kerana tidak mahu disalah anggap cuba menunjuk-nunjuk tetapi gambar itu pun sudah tersebar luas”

“Saya tidak boleh buat apa-apa. Semasa saya lihat dia dilanggar tiada siapa datang membantu dan dia cuba mengesot ke bahagian tepi jalan. Saya tidak sampai hati melihat keadaannya dan terus meluru keluar untuk membantu mengangkatnya sebelum ada pihak lain datang memberi pertolongan,”

 

Tags

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

Tauke Jambu berkahwin Disember 2017 (6 Gambar)

Sekalung tahniah kami ucapkan kepada pelawak terkenal, Tauke Jambu yang bakal melangsungkan perkahwinan pada hujung ...

counter statistics