Al-kisah bekas kekasih kepada Elia (Aimie Hamelia), bekas tunangan Khairul Fahmi sedang heboh diperkatakan di forum hangat masakini, forum Cari. Ikuti kisahnya di bawah. Versi cerita ini diubah ikut suka hati kami namun ia tidak mengubah jalan cerita yang telah disampaikan.

[hr]

Aku pernah mempunyai hubungan dengan Elia 4 tahun yang lepas. Orangnya baik tetapi jenis suka mencapub. Mengenai Ezrin akak kepada Elia, perangainya dari dulu tetap tak berubah. Aku putus cinta dengan Elia pun disebabkan akaknya yang memburukkan serta hasut Elia supaya membenci aku. Disebabkan Elia percaya, dia telah tinggalkan aku.

Selepas aku ditinggalkan, Elia masih menuduh aku sebagai manusia yang tak pernah berubah. Elia juga telah post di wall Facebook mengenai perangai aku. Dan melalui private message, Elia menjanjikan pada aku apabila aku berubah kelak dia akan kembali pada aku.

Selama dua tahun aku menunggu, dia membuat aku mengejarnya seperti aku seorang lelaki yang tiada maruah. Aku tetap menunggu sehingga dia sudah tidak mahu berhubungan dengan aku lagi dan ketika itu hanya kutukan yang dilemparkan pada aku.

Ayat terakhir aku kepadanya sebelum kami betul-betul berpisah sangat jelas diingatan, “Aimie, satu masa nanti apabila you berada di tempat I sekarang, you akan tahu apa rasanya dibuat macam ni. Dan masa tu, you akan tahu, macam mana tinggi antara langit dan bumi ni.”

Aku sangat berkecil hati dengan apa yang Elia pernah cakap pada aku dulu. Dan masih jelas bagaimana aku dilayan seperti orang tiada maruah oleh beberapa ahli keluarganya. Aku dihina ketika aku bertandang ke rumahnya untuk berhari raya pada tahun 2006.

I bukan hendak menyalahkan you Aimie, tapi tidakkah pernah you terfikir apa yang terjadi sekarang sedikit sebanyak mencerminkan apa yang telah you lakukan dulu? Tiada manusia sempurna, tapi you selalu merasakan yang you adalah sempurna. Lagi-lagi akak you yang tak sedar diri tu.

Walaupun perkara itu buat aku kecil hati sehingga sekarang tetapi Alhamdulillah kini hidup aku lebih baik. Kalau you baca cerita ni, I tahu you tahu siapa I. Dan I memang mahu you tahu beginilah rasa sakit apabila ditinggalkan lebih-lebih lagi orang itu ialah orang yang paling kita sayangi. Sebagai orang yang pernah mengenali kamu satu ketika dulu, aku harap kau dapat bersabar dan next time beragak-agaklah dalam membuat keputusan.