Thursday , December 8 2016
Home / Gossip Panas / Bell Ngasri rujuk semula demi perkahwinan adiknya?

Bell Ngasri rujuk semula demi perkahwinan adiknya?

bell-ngasri

Rakan SS berasa hairan bagaimana pasangan ini boleh bersama sedangkan tiga bulan lalu bukan main hangat kontroversi mengenai perceraian mereka dilaporkan di dada akhbar.

SS rasa ramai yang tahu kes perceraian mereka yang dilafazkan Bell menerusi SMS dan mahkamah memutuskan jatuh talak.

Memandangkan masing-masing ada tujuan di pusat beli-belah itu, rakan SS hanya bertegur sapa dengan pasangan ini dan tidak sempat berborak panjang.

Tapi memikirkan hal positif kata rakan SS, mungkin mereka masih berbaik walaupun sudah berpisah. Maklumlah, mereka ada anak jadi untuk kebaikan cahaya mata seorang itu ada bagusnya tidak bermusuh walaupun tidak sebumbung lagi.

Kelmarin lain pula ceritanya apabila rakan setugas menghadiri majlis pertunangan kakak Bell, Darling Ngasri dan kebetulan Sasha turut hadir. Rakan SS apa lagi, tidak melepaskan peluang bertanya perkara itu pada Sasha.

Kata rakan SS, Sasha mengakui mereka sudah rujuk November lalu. Katanya, memang orang ramai tidak tahu mereka sudah kembali menjadi suami isteri kerana tidak ada wakil media yang datang bertanya.

Ceritanya lagi, sewaktu kecoh mengenai mereka mahu bercerai, pasangan ini mengambil keputusan rujuk kerana masalah berlaku disebabkan salah faham. Mereka tidak mahu memanjangkan lagi cerita dan apa yang sudah berlaku biarlah berlalu.

SS difahamkan, Bell dan Sasha mahu membina hidup baru demi masa depan anak mereka. Baguslah dan SS puji tindakan diambil pasangan ini. SS harap apa yang sudah mereka lalui sebelum ini dapat dijadikan teladan supaya tidak lagi berulang kemudian hari.

Tags

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

hp-ayda-jebat-dirampas-mediamalaya

Video Telefon Bimbit Ayda Jebat Dirampas Penganjur Ketika Selfie Lee Kwang Soo

Video telefon bimbit Ayda Jebat dirampas pengawal pengajur ketika beliau dalam cubaan berselfie dengan artis ...

4 comments

  1. alhamdulillah…smuge rujuk kali ini akan berkekalan hingga ke syurga..amiinnn ya rabbal alamin

  2. doakan yg terbaik buat dia org…aminn

counter statistics