benjy

Benjy, anak kepada seniwati veteran, Azean Irdawaty telah bercerai buat kali kedua dengan isterinya, Safiya Stephance Kar-Len secara sah di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pagi semalam.

Benjy melafazkan cerai talak satu di hadapan hakim pada jam 9.40 pagi selepas pasangan tersebut bersetuju untuk berpisah dan atasi masalah dengan baik. Hak penjagaan anak diberikan kepada isterinya manakala Benjy dibenarkan bersama anaknya, Firdaus pada hujung minggu.

Sebagai nota, Benjy dan Safiya sebelum ini pernah bercerai talak satu pada 7 Julai 2008 dan merujuk semula 14 jam selepas penceraian.