Categorized | Gossip Panas

Benjy ditahan mengedar dadah

Polis semalam mengesahkan seorang pelakon yang ditahan bagi membantu siasatan penemuan sebuah makmal mini memproses dadah semalam, ialah Khaeryll Benjamin Ibrahim, 32, atau lebih dikenali sebagai Benjy.

Pelakon yang merupakan anak kepada dramatis terkenal, Azean Irdawaty itu ditahan bersama teman wanitanya di sebuah unit kondominium disewanya di Kepong yang dipercayai dijadikan makmal memproses dadah.

Siasatan polis setakat ini, percaya Benjy dan wanita itu bergerak sendiri tanpa mana-mana sindiket sama ada di dalam mahupun di luar negara.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang, polis juga sedang menyiasat sumber dadah yang diperoleh pelakon itu.

Katanya, sehingga kini, polis masih belum mengambil keterangan daripada mana-mana pihak termasuk isteri Benjy dan ibunya.

‘‘Kedua-duanya belum tampil setakat ini. Pada masa ini pasukan forensik sedang menjalankan siasatan terhadap peralatan dan bahan kimia yang ditemui di rumah itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, bagi membantu siasatan kes itu, pihaknya juga akan mendapatkan maklumat lanjut melalui pemilik kondominium tersebut.

Katanya, selain itu, polis turut menyiasat pasaran dadah berkenaan selain faktor kemungkinan ia dibekalkan kepada golongan artis.

‘‘Buat masa ini, kita telah menyita harta pelakon itu termasuk keretanya,” katanya.

Semalam, Benjy ditahan bersama seorang wanita kerana disyaki mempunyai kaitan dengan penemuan sebuah makmal mini memproses dadah di Kepong.

Semasa ditahan, polis juga menemui 850 gram kokain dan 140 gram syabu di kondominium tersebut.

Polis memberitahu, kedua-dua suspek direman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pelakon bersiri itu telah mendirikan rumahtangga dan dikurniakan seorang cahaya mata.

Pelakon itu juga pernah memenangi anugerah pelakon lelaki terbaik (telefilem) pada Anugerah Skrin beberapa tahun lalu.

Entri berkaitan yang mungkin menarik minat anda

67 Responses to “Benjy ditahan mengedar dadah”

  1. ewiezz says:

    mana ade tuduh2 jatuh hukum trus.. sedey ooo dgr cite2 cenggini trutama kat family dia, kak yan terutamanye. yg paling sedey kes aniaya tu lagi haru sindiket antarabangsa tuh. bile dpt offer too good to be true tuh siasat2 le apa yg patut…

    p/s: pasni ade aaa yg sound aku ‘bajet bagus’ ler, menyebok ler, jaga family sendri ler, buang gambo ler etc heheeh typical lor.. LOL!! ade aku kisah?

  2. salaman says:

    adoi benji.. kenapelah ko pi mengedar dadah.. y penting keberkatan je.. walau duit byk mana pun jika x berkat x cukup juge duit tu.. biasenye pelakon dah byk duit tp ni mungkin nak lg byk.. seksyen 39b, mandatori gantung. mmg sah dah salah. adoi.. xleh buat ape2 la, tgk la ksudahan camne. menyesal kemudian x berguna

  3. gatei says:

    ALA AKU RS MESTI BENJY LPS PUNYE..NK2 LG SENIMAN TU KARYAWAN TLG LA..BESE LA BLE ADE ORG DLM TLG..PKGT BESO2..KUNUN NK SLMTKAN BENJY SBB KAK YAN TU SAKIT..BLAH LA..DH SALAH TU SALAH LA..KALO ORG BESE SALAH CPT2 JE HUKUM..AMPEH..

  4. sharie says:

    salam perkenalan,

    sila ke blog kami untuk pakej perkahwinan terendah.
    http://perunding-perkahwinan.blogspot.com

  5. bangsamelayu says:

    kalau nak simpati kat azean and wife benji takpala, but not to him …sebab keje diamengedar dadah dilah yang merosakkan bangsa kita sendiri..kebanyakan penagih pun bangsa kita..tak caya tgk statistik kementerian kesihatan … org macam ni pun kita nak defend lagi?

  6. anak malaya says:

    takan jual dadah nak cover medical mak dia, bagi hidup mak dia yang dah hampir2 tu, kna korbankan banyak nyawa orang melayu bodoh, artis2 melayu tak sedar diri…hidup pening2…udah2lah orang malaya…malulah…dengan tuhan…

  7. key says:

    Polis menemui 850 gram kokain dan 140 gram syabu di kondominium tersebut.

    Kenapa boleh jamin pulak selalunya kalau banyak tu punya dadah habis la…

  8. aspa says:

    aku rs ade org yg bg komen kt sini cinta die pernah ditolak benjy.tu yg die giler2 marah kat benjy

  9. insan says:

    just shut up ur mouth k…u never know the truth…
    bfore all of u get more sin its better for u to stop judging n do impression on what happened….plus im not his fan….i really dont like artist…liar world

  10. sayang says:

    harap ni adalah permulaan bagi berkuburnya semua artis di malaysia. artis merosakkan bangsa. lalu menjadi bangsa yang bangsat. artis dipuja2 adalah salah satu di antara banyak2 tanda akhir zaman. marilah menyahut seruan. BELIA BENCI ARTIS !!!

    • eeh eeh! jangan cakap camtu. artis lah orang yang sangat mulia kerana mereka menghambakan diri untuk seni. depa xmintak satu sen pun cuma yg depa mintak beli tiket paling murah rm100 bg satu konsert. ARTIS BENCI BELIA

  11. Sean says:

    benjy tak sedar diri..tadak duit cari duit mudah..ada bini dan anak cari betina lain..hidup tadak landasan…mak dia sakit pun tadak guna maaaa….mintak2 kena gantung sampai mati,,

  12. ronal92003 says:

    semua orang akan buat kesilapan,berani buat,berani tanggung benji..
    kandungan dadah terlalu banyak benji..susah nak settle,kalau ada peguam pun kurang2 2,3thn bicara di mahkamah.itu pun belum boleh settle,aku cadangankan ko kena mengaku je n buat rayuan dimahkamah.kurangkan hukuman,good luck benji.

  13. syukur..syukur says:

    beberapa waktu kebelakangan ini aku dok susahati campur geram dengan arti2 malaysia yang selalu sangat ucapkan syukur, alhamdulillh, insyaallh…. dalam setiap percakapan dan tulisan…. tetapi mereka tu x tahukh @ atau buat2 tak faham yang kerja2 mereka itu melanggar sunnah rasulullah….. lagi satu bila dah kerepot dah tak laku dah nak menopos baru nak pakai tudung [ ada yang buang semula, na'uzubillh laaa ]…. jadi…, kalau kena bala tu ingat2lah sama sejarah kotor kita tu….ISTIGHFAR2 LAH…. belajar2 sama apa yang patut apa yang x patut…. BARANG DIINGAT rezeki halal…ajal maut…jodh pertemuan…ditangan TUHAN bukan ditangan hakim atau orang2 tertentu……

  14. ai says:

    manusia yang menghanchurrr bangsa jangan di bantu…

  15. koboi says:

    tapi hakim leh bg tau tarikh dia nk bg orag mati

  16. saya xpernah menghancurkan bangsa, pun xde orang nak bantu?

  17. jaiman says:

    RAKYAT M`SIA ADA 27 JUTA DAN PENDATANG 2 JUTA MENCARI REZEKI YG HALAL
    DI BUMI BERTUAH, MAKA 1 ATAU 2 YANG MENCARI YANG HARAM MAKA HUKUMAN YANG SETIMPAL PATUT DITERIMA

  18. NaNa says:

    macam-mcm dunia….tapi aku nk tnye pesal die de gegirl plak…bini die xmrh ke….tu nmpk sgt die mmg xbertggungjwb!!!!!??????

  19. koboi says:

    x yah risau,bini cantik ramai yg nk jd penganti..hee..termasoklah aku

Trackbacks/Pingbacks


Leave a Reply

Undian

Setujukah anda bayar RM10 sebulan untuk lihat gambar tanpa watermark di blog ini?

View Results

Loading ... Loading ...

Peminat di Facebook

Ranking Blog

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes