Wow seksi juga ya Wangi dan Zizi (kumpulan Fabulous Cats). Gambar ini penulis ambil dari majalah Remaja yang dimuat turun dari blog KopiMilo. Haha, penulis pun tak pasti kenapa admin blog tersebut meletakkan nama blognya sebagai KopiMilo.

Bagus juga bila dah ada blog seperti ini, memudahkan penulis untuk menambah pencarian maklumat mengenai artis Malaysia. Yela, sebab laman web ini menyediakan ebook majalah hiburan yang boleh dimuat turun secara percuma! Lagipun penulis kini tidak berapa nak sempat pergi ke kedai mamak untuk membeli majalah-majalah hiburan untuk di baca di rumah.

Tapi ingat! Walaupun ia boleh dimuat turun percuma, penulis difahamkan admin blog tersebut supaya membuang fail yang dimuat turun dalam tempoh 7 hari. Kerana dia kata dia tidak mahu bertanggungjawab kepada penulis jika apa-apa tindakan yang diambil jika penulis masih menyimpan fail-fail ini. Haha takut juga bila dengar.

Apa pun admin blog KopiMilo tekankan sekali lagi, fail-fail yang telah expired atau telah disenarai hitam tidak akan dikemaskini. Jadi dia kata, langganlah feed KopiMilo guna Google Reader atau apa sahaja kerana jika terlambat untuk memuat turun untuk di baca, fail tersebut berkemungkinan sudah tiada lagi!

Ps: Inginkan produk atau laman web anda dipromosikan di sini? Sila hubungi penulis untuk maklumat lanjut.