Borang permohonan akan dikemaskini selepas Majlis Pelancaran Rumah Impian Bangsa Johor pada 22 Mac 2017 selepas jam 5.00 petang.
Cara Pendaftaran Rumah Impian Bangsa Johor 2017 (Walk In)
Selepas 23 Mac 2017, pra pendaftaran secara walk in (hadirkan diri) ke Galeria @ Kotaraya di Galeria Jualan Bandar Dato Onn.
Sila bawa maklumat berikut pada hari pra pendaftaran seperti:
- Nama
- Kad Pengenalan
- Emel
- Nombor Telefon
SMS dan Emel akan dikeluarkan kepada mereka yang membuat pra pendaftaran.
Pendaftaran hanya akan dibuka kepada umum untuk mendaftar selepas seminggu kepada pemohonan yang telah membuat pra pendaftaran. Pra pendaftaran tidak boleh dianggap sebagai pengesahan tawaran.
Jumlah Peruntukan Rumah Impian Bangsa Johor 2017
- Sebanyak 600 Unit Rumah Banglo bawah harga RM100K
- 3 Lokasi Di Johor
- Pembiayaan Rumah 100 peratus
- Deposit RM1 sahaja
- Pembiayaan menerusi bank panel BSN sahaja
Kategori Rumah Impian Bangsa Johor 2017
- Jenis A- Harga RM130,000-RM150,000 (Isi Rumah Gaji tidak lebih RM8,000)
- Jenis B- Harga RM100,001-130,000 (Isi Rumah Gaji tidak lebih RM6,000)
- Jenis C- Harga RM70,000- RM100,000 (Isi Rumah Gaji tidak lebih RM5,000)
Syarat Kelayakan Permohonan Rumah Impian Bangsa Johor
- Gaji tidak melebihi 5k seisi rumah suami isteri
- Berumur 18 tahun dan keatas
- Warga JDT sahaja ic 01/23
- Tidak pernah memiliki rumah
- Bujang atau sudah berkahwin
- Sekiranya anda anak tunggal,Tapi ibu bapa ada tanah atau rumah di kampong tidak layak untuk memohon
Tarikh Dan Lokasi Pelancaran Rumah Impian Bangsa Johor
- Tarikh Majlis : 22 Mac 2017
- Hari : Rabu
- Masa : 2.00 hingga 5.00 petang
- Tempat : Galleria@Kotaraya
Tarikh Tutup Permohonan
31 Disember 2017
Contoh Model Rumah Impian Untuk Bangsa Johor Fasa Pertama