Selepas putus cinta dengan Keifli AF3, Marsha Milan Londoh kini dikatakan rapat dengan seorang usahawan berusia lewat 20-an. Marsha yang mengakui mengenai hubungan ini menyatakan usahawan yang dia mahu kenalkan sebagai Mr. Z memang kawan rapatnya ketika ini. Hubungan mereka masih baru dan belum mencecah 1 tahun, namun belum terlintas untuk bercinta mahupun berkahwin.
ps: Aik dah laga-laga pipi masih enggak mau pikir ngenai cinta atau kahwin ya?
Berbalik kita pada Melodi hari Ahad, 18 Julai 2010. Sedutan “Panas” menemubual seorang wanita dikatakan ditipu oleh bekas kekasihnya seorang model lelaki merangkap artis. Ramai tertanya-tanya adakah artis itu Ashraf Muslim, sebenarnya artis lelaki tersebut bukanlah Ashraf Muslim tetapi dia adalah Azuan Mazlan. Kan wanita tu cakap bermula huruf A, diakhiri huruf N. Apelah korang ni.
Masalahnya siapa Azuan Mazlan ni? Tak kenal pun. Katanya pelakon drama Jersi 9. Wakaka crew! Search aje Azuan Mazlan untuk lihat gambar dia yang lebih jelas. Ikuti sedutan di bawah.
Wanita tersebut mengatakan artis itu ada masalah dengan duit dan hendak meminjam RM3 ribu daripadanya.
Wanita tersebut meminjamkan sejumlah wang tidak mencecah RM3 ribu seperti yang diminta.
Kemudian artis itu ambil duit tersebut dan terus mendiamkan diri.
Wanita tersebut serbu rumah artis itu. Kantol artis itu sedang bersekedudukan dengan perempuan lain pada siang hari.
Wanita itu ajak berunding secara baik tetapi artis itu ignore segala mesej dan smsnya.
Tiba-tiba x-girlfriend artis itu maki artis di wallnya di Facebook. Rupanya artis lelaki ni berjenis kaki cukur suka meminjam duit dari kekasih-kekasihnya yang terdahulu.
Apa nak jadi artis kita yang sorang ni. Sejak bertambah popular bermula dengan menjadi hos AC Di Sini, kemudian hos Akademi Fantasia 7, dan sekarang menjadi usahawan MLM berjaya membuatkan dia tidak mempunyai masa untuk memeriksa beberapa dokumen yang dikemukakan bekas isterinya.
Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah menangguhkan sehingga 12 Oktober ini untuk menyambung semula perbicaraan selepas peguam syarie, Siti Aishah Din memaklumkan kepada mahkamah beliau memerlukan masa untuk meneliti semua dokumen dan perlu berbincang dengan AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 39, sebelum sesi soal balas pada tarikh akan datang.