Saturday , October 1 2016
Home / Dunia Artis / Chef Wan akhirnya mohon maaf isu lawak MH370

Chef Wan akhirnya mohon maaf isu lawak MH370

Minggu lepas, berita mengenai Chef Wan mempersendakan kehilangan pesawat MH370 menjadi perhatian dunia seni tanahair.

BACA: Chef Wan mempesendakan kehilangan pesawat MH370

Kemudian beberapa hari selepas itu, dia enggan memohon maaf atas gurauan itu atas alasan dia sengaja berbuat demikian untuk melihat persepsi masyarakat Malaysia terhadap gurauan seperti itu.

Namun begitu, Chef Wan tidak mahu perkara tersebut dipanjangkan lagi maka dia telah membuat permohonan maaf melalui Facebooknya.

Antara kata-kata permohonan maafnya ialah

“Saya mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan takziah saya se isi keluarga kepada semua warga crew Mas serta penumpang2 yang terlibat di dalam kemalangan Kapal Terbang MAS MH370 itu. At the same time saya juga memohon Maaf sekira nya gurauan saya yg ingin membuktikan sangat perangai buruk Rakyat Malaysia yg suka sebar kan cerita yang bukan2, fitnah menfitnah pihak Kerajaan serta Warga2 Crew Mas onboard mau pun pihak press that i personally felt was wrong tetapi di salah ertikan maka saya menghulur tangan memohon Ampun dan Maaf diatas kesilapan itu yg pada pandangan umum tidak kena tempatnya. Perhaps it was my own frustration watching the whole drama that make me decide to proceed with such action. Beside apa yg saya laku kan ada la demi niat untuk kebaikan bersama di hadapan2 Warga crew serta pihak Petronas and with no other intention. Semuga Allah menempat kan Roh2 mereka semua di kalangan orang2 beriman. Al Fatihah.”

Tags

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

Bakal lahir anak pertama, Nad Zainal tayang baby bump (14 Gambar)

Nad Zainal akan menyambut kelahiran anaknya sekitar bulan Oktober. Berikut antara gambar-gambar baby bump Nad ...

counter statistics