013575358_tn

Penulis mengucapkan tahniah buat Amani. Ye lah, dulu dia rasa macam silly kalau bercakap dalam Bahasa Melayu kan, tak boleh salahkan dia. Sekarang mungkin dia juga rasa macam silly kalau bercouple atau berkahwin dengan lelaki Melayu sebab itu dia pilih Gavin ni. Iyelah, Gavin ni kan orangnya mesra dan sopan, Amani mengenalinya di lokasi penggambaran filem Hikayat Merong Mahawangsa terbitan KRU Studios dimana Gavin ini memegang watak Putera Roman, menjadi idaman wanita Melayu terakhirlah. Tak macam lelaki Melayu kita, pemalas dan tak bertanggungjawab.

Gavin Stenhouse ini berumur 23 tahun, bukan alkoholik seperti tunang Serina Chef Wan, mungkin. Gavin ni sikapnya mesra dan sopan santun, itu kata Amani lah. Dia juga bersedia mempelajari adat budaya orang tempatan juga, kata Amani jugaklah. Lepas tu, bila dah kahwin perangai lama tak boleh ditinggalkan, mulalah cari media nanti kata dah bercerai sebab tak persefahaman dari segi adat dan budaya pulak. Hehe, itu tanggapan penulis sahaja.

Nak tau apa lagi yang menarik mengenai Gavin ini? Dia sekarang dah belajar berpuasa beb, kata Amani jugaklah. Biasalah yang baik-baik nampak masa baru kenal, lepas kahwin baru tahu lah Gavin ni jenis kentut bersepah ke tak, kencing berdiri ke tak, suka gigit jari ke tak, ada tatto dekat celah kelengkang dan macam-macam lagilah kan. Untung Gavin ni, tahun ni dia akan beraya bersama-sama keluarga Amani.