Dah lama kita tak disajikan dengan berita sensasi Tasha Shilla ni ya? Kali terakhir berita kontroversi beliau ialah ketika beliau memakai pakaian berfesyen yang menayangkan perut dan pusat di majlis pelancaran majalah fesyen, L’offecieciel Malaysia.

BACA: Fesyen tayang perut, Tasha Shilla di’bash’ peminat

Terbaru ini, Datuk Boy Iman telah memecah keheningan kesenyapan berita kontroversi Tasha apabila dia memuat naik sekeping gambar berdua dengan caption berbunyi

“Bersama TS, Geng lama.. Insha-Allah jika ada jodoh kita kawin, Eh2.. Kita berkerja sama2. Dalam filem “Blok 404” & teater “Kontena 404”. #blok404 #kontena404 #dbientertainment #dbientertainmentsdnbhd #dbigroup #dbi”

Gambar itu mengejutkan ramai peminat Boy Iman dan Tasha Shilla namun ramai yang pasti ia sekadar gurauan seorang Datuk. Namun, tidak lama selepas itu Tasha membalas dengan gambar dengan caption berbunyi

“Dua hari lepas Tasha menerima beberapa tawaran daripada pakcik Boy Iman tetapi Tasha tak berminat & tak terlibat. This is not for me.”

Mungkin sebab title Datuk Boy Iman yang kontroversi membuat Tasha Shilla tidak berminat kot. Opps!