Sunday , April 23 2017
Home / Gossip Panas / Datuk Hans Isaac menganut Agama Islam tidak benar

Datuk Hans Isaac menganut Agama Islam tidak benar

hans-isaac-masuk-islam-mediamalaya

Baru-baru ini timbul gosip di akhbar yang mengatakan Datuk Hans Isaac telah menganut agama Islam di sebuah negeri di Pantai Timur. Namun begitu, gosip ini disangkal oleh Hans sendiri apabila tampil membuat kenyataan akhbar bahawa dakwaan itu tidak benar.

Hans Isaac yang ditemui berkata

Semua itu tidak betul! Apa saja hal mengenai diri saya, biarlah ia keluar dari mulut saya sendiri atau menerusi kenyataan dalam media sosial rasmi milik say. Siapalah orang yang pandai-pandai mengatakan saya sudah masuk agama Islam. Saya masih beragama Kristian (Roman Katolik). Saya sibuk dan baru balik dari luar negeri untuk urusan kerja, timbul pula cerita ini. Saya juga tidak kenal individu yang menyebarkan cerita ini kepada umum.

Maka dengan kenyataan itu diharap semua peminat menghentikan spekulasi gosip yang mendakwa beliau telah mendapat hidayah dan menganut agama Islam. Jika perkara itu benar, sudah pasti ia akan didengar oleh mulut selebriti itu sendiri.

Tags

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

Adakah lelaki dalam gambar ini kekasih Fasha Sandha?

Fasha Sandha telah mengakui kepada media bahawa dia kini sedang berkenal rapat dengan seorang jejaka ...

counter statistics