Minum kopi dan pasta di Restoran Utusan Malaysia.

Bekas jaguh bina badan Asia, Datuk Malek Noor hari ini dibenarkan pulang selepas lapan hari menjalani rawatan di Hospital Pantai Ipoh (HPI) di sini sejak 30 Mac lepas.

Abdul Malek Mohd Noor, 54, ketika ditemui pemberita di HPI di sini hari ini menasihati rakyat Malaysia terutamanya yang sudah mencecah usia 50 tahun ke atas supaya kerap menjalani pemeriksaan jantung setiap empat hingga enam bulan sekali bagi memastikan tahap kesihatan mereka berada dalam keadaan baik.

Beliau yang dibawa pulang ke rumahnya di Kuala Lumpur dengan diiringi dua jururawat menaiki ambulans, dinasihati berehat selama sebulan selain dilarang melakukan aktiviti yang boleh menjejaskan tahap kesihatannya.

Malek dimasukkan ke HPI selepas mengalami sesak nafas akibat serangan jantung semasa menyertai perlawanan bola sepak Piala Amal Menteri Besar Perak di Stadium Perak, di sini pada malam tersebut.